Selamat Datang Ke Love KK.

Membentuk dan membangunkan komuniti yang inklusif dalam persekitaran bandar raya berkualiti dan berdaya huni

Love KK merupakan satu inspirasi dan inisiatif YBhg. Datuk Mayor untuk menggalakkan penyertaan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu yang berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan dalam Bandaraya Kota Kinabalu. Dengan adanya inisiatif ini diharap para penduduk dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Bandaraya Kota Kinabalu ini.

Kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pihak berkepentingan ke arah Kota Kinabalu yang lebih baik melalui:

Pendekatan pemerkasaan komuniti

Tanggungjawab bersama dalam isu-isu alam sekitar

Pembersihan dan penghijauan Kota Kinabalu

Kota Kinabalu bandar ceria

Kota Kinabalu yang berdaya huni

Senarai Komponen Di Bawah Program Love KK

Dengan menyelaras usaha dan menggalakkan keterlibatan, penyertaan dan pendaftaran penduduk bandar raya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berkreativiti untuk mempromosikan Love KK serta berinspirasi dan merealisasikan cadangan ini dengan pelbagai aktiviti-aktiviti mengikut kategori sebagai berikut:

KK Bersih (Clean KK)

Program dan Aktiviti

  • Program Kitar dan Guna Semula

  • Program Pengurusan Sisa Buangan Komuniti

  • Pembersihan Sungai dan Pantai

  • Kempen Kesedaran Awam

  • Program KK Neutral Plastik

  • Program Anti Sampah

KK Hijau (Green KK)

Program dan Aktiviti

  • Penanaman Pokok

  • Menghidupkan Semula Ruang Terbuka

  • Program Pertanian Bandar

  • Program Jalinan Hijau

  • Kebun Dalam Bandar

  • Pelan Tindakan Lanskap KK 2021-2025

KK Ceria (Vibrant KK)

Program dan Aktiviti

  • Mesra Pelabur

  • Peluang-peluang Perniagaan

  • Pewujudan Peluang Pekerjaan

  • Menggiatkan Semula Sektor Perniagaan

  • Pelaksanaan Acara-Acara/Majlis-Majlis

KK Indah (Beautiful KK)

Program dan Aktiviti

  • Program Kesenian dalam Bandar

  • Program Kebudayaan dalam Bandar

  • Reka Bentuk dan Penggunaan Ruang Awam

  • Program Bandar Selamat (Pencahayaan Dalam Bandar)

  • Program Peremajaan Bandaraya KK

KK Berdaya Huni (Liveable KK)

Program dan Aktiviti

  • Keselamatan

  • Keterangkuman

  • Kesaksamaan Jantina

KK Sihat (Healthy KK)

  • Kesihatan Alam Sekitar (Environmental Health)

  • Kesihatan Mental (Mental Health)

  • Kesihatan Fizikal (Physical Health)

  • Kesihatan Sosial (Social Health)

Warisan KK(Heritage KK)

Program dan Aktiviti

  • Mengenal pasti Kawasan-kawasan Warisan

  • Memelihara dan Mempromosikan Bangunan-bangunan Bersejarah

  • Seni Bina Kontemporari dalam Persekitaran Sejarah